Monday, 24 March 2008

Terlajak Perahu Masih Boleh Diundur

Soalan

SAYA lelaki yang sangat cerewet dalam memilih pasangan. Gadis idaman saya mestilah cantik dan berkulit cerah. Perkenalan saya dengan Su yang pada asalnya hanya kawan menjadi semakin intim sehinggakan kami terlanjur.

Atas rasa tanggungjawab, saya melamar Su. Kedua-dua keluarga merestui dan akhirnya kami sah menjadi suami isteri. Sebenarnya, Su bukan gadis idaman saya. Dia berkulit gelap, tetapi manis dan sentiasa ceria.Kelebihan Su ialah dia sentiasa membuatkan orang di sekelilingnya tertarik untuk mendengar keletahnya. Mungkin sebab itu saya tertarik untuk berkawan dengannya pada awal perkenalan kami.

Selepas dua tahun berkahwin, saya ditukarkan ke selatan tanah air. Di sana saya bertemu Anis, gadis yang memiliki ciri-ciri idaman. Orangnya cantik, berkulit cerah dan pemalu. Untuk memikatnya, saya mengaku masih bujang.Saya tidak bertepuk sebelah tangan kerana dia juga menyukai saya.

Tanpa berfikir panjang serta dalam keadaan mabuk cinta, saya menghantar SMS cerai kepada Su. Kelam kabut keluarga Su dan keluarga saya mencari saya.Dalam perbincangan tegang, saya berterus terang akan melamar Anis dan melepaskan Su supaya tidak terluka. Semoga ada lelaki lain boleh membahagiakan Su memandangkan kami belum ada anak.Berulang kali Su menelefon saya, tetapi saya tidak menjawabnya. Banyak SMS yang dia hantar bertanyakan apakah salahnya, tetapi saya tidak membalasnya. Akhirnya Su tidak lagi menghubungi saya dalam tempoh proses perceraian kami.

Selepas enam bulan bercerai dengan Su, saya dan Anis disatukan dalam majlis sederhana. Lima bulan bersama Anis, saya mula merasai kekurangan. Walaupun memiliki ciri-ciri gadis idaman saya, dia terlalu pendiam. Sepatah saya tanya, sepatah dijawab.Anis juga sangat cemburu, menyebabkan saya menjadi rimas. Saya mula merindui keletah Su. Sepanjang dua tahun bersama Su, saya tidak pernah berasa sunyi dengannya. Satu perkara lagi yang menyebabkan saya sangat merindui Su ialah prestasi hebatnya di ranjang.Berbanding Su, Anis sangat pemalu dan tidak dapat memberi kepuasan maksimum kepada saya. Berulang kali saya mengajarnya dengan memberi bahan bacaan yang berkaitan, tetapi jawapan Anis ialah dia malu.

Ada beberapa kali saya menghubungi Su melalui telefon dan dia tetap melayan saya dengan baik, seolah-olah tiada rasa benci dalam nada suaranya.Setiap kali menghubungi Su, saya rasa tenang dan lega kerana celotehnya membuat saya terhibur.Bagaimanapun, saya tahu jauh di sudut hati Su dia terluka dengan perbuatan saya kerana banyak kali dia memberi alasan sibuk jika saya mahu berbual panjang dengannya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu Su dipinang seorang jejaka yang juga kenalan saya. Saya menjadi cemburu dan yang paling menyakitkan ialah saya tidak dapat menerima hakikat suaminya nanti akan mendapat layanan hebat daripada Su.Kini, saya menyesali tindakan lalu. Baru saya sedar kecantikan luaran bukan kayu ukur kepada kebahagiaan. Bantulah saya menyelesaikan masalah ini kerana saya benar-benar merindui dan mencintai Su serta mahu kembali kepadanya.ZK

Jawapan

Hakikatnya, tidak banyak yang Dang Setia mahupun saudara boleh lakukan untuk menjadikan keadaan memihak kepada saudara atau lebih tepat lagi untuk membolehkan Su menjadi kembali milik saudara. Apa yang saudara alami kini menepati bidalan ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Maaf, Dang Setia tidak bermaksud menyakitkan hati atau menambah kekecewaan saudara, namun mahu mendidik saudara supaya bersikap lebih matang, belajar memperbaiki kelemahan diri dan menerima baik serta buruk kehidupan ini dengan seadanya.Tentu tidak adil dan bukan tindakan bijak untuk saudara kini bertungkus lumus berusaha memiliki semula Su dalam keadaan diri saudara menjadi suami Anis dan Su pula bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya.Jika saudara masih cuba ‘berjuang’ untuk mendapatkan Su, itu bermakna saudara sekali lagi mengulangi kesilapan sebelum ini iaitu bertindak terburu-buru mengikut nafsu yang besar kemungkinan mencetuskan masalah lain pada masa depan.

Yang ingin Dang Setia tekankan di sini ialah, satu kelemahan atau kesilapan saudara sehingga mencetuskan permasalahan sekarang ialah melakukan tindakan tanpa berfikir panjang atau terlalu mengikut kata hati serta nafsu.Buktinya jelas. Pertama, saudara mengatakan Su bukan wanita yang memiliki ciri-ciri pilihan saudara, tapi disebabkan dorongan hawa nafsu, anda berdua akhirnya terlanjur hingga akhirnya terpaksa berkahwin.Kedua, selepas menemui Anis, saudara terus lupa diri. Disebabkan kemaruk asmara, saudara tanpa berfikir panjang terus menceraikan Su hanya dengan cara menghantar SMS.Ketiga, akibat tindakan saudara itu keluarga Su dan keluarga saudara kelam kabut. Mereka datang memujuk saudara, tapi sekali lagi saudara tidak mahu berfikir panjang, sebaliknya hanya mengikut hati dan nafsu. Pujukan mereka saudara tolak, malah cubaan Su untuk menghubungi saudara juga tidak dilayan.Akibat sikap tidak berfikir panjang dan bertindak terburu-buru itu, saudara akhirnya terhimpit dalam masalah yang dialami kini.

Oleh itu, bagi Dang Setia, saudara tidak boleh menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku kerana segala-galanya disebabkan kesilapan sendiri. Atas sebab itu Dang Setia berharap kali saudara dapat bersikap lebih matang.Maksudnya, disebabkan saudara bersalah, saudara perlu reda menerima ‘hukuman’ di atas kesalahan itu. Dalam situasi begini, tindakan paling wajar ialah muhasabah diri dan berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki kelemahan diri.Selepas apa yang berlaku, sewajarnya saudara menginsafi kesilapan ketika memilih isteri sebelum ini iaitu menjadikan kecantikan fizikal sebagai kriteria utama, bukan kepatuhan terhadap agama sebagaimana disyariatkan Islam.

Yakinlah apabila Allah menyarankan kita melakukan sesuatu, pasti ia untuk kebaikan kita dan kita tidak akan rugi jika mengikut saranan Allah.Ini termasuk dalam soal memilih isteri. Jika kita memilih isteri dengan mengutamakan kepatuhan agamanya dan bukan atas dasar kecantikan atau harta, rumah tangga kita akan lebih sempurna.Selain itu, kita harus percaya jika kita mengutamakan ajaran Islam dengan menjadikannya garis panduan dalam apa jua yang kita lakukan, hidup kita lebih berkat untuk memperoleh kejayaan bukan saja di dunia tetapi juga akhirat.Justeru, dalam situasi saudara pada masa ini, Islam mengajar kita supaya reda menerima apa yang berlaku, mensyukuri apa yang kita ada dan jangan bersikap cemburu atau dengki dengan kenikmatan yang diperoleh orang lain.Maksudnya di sini, saudara harus melupakan kisah silam kehidupan bersama Su.

Saudara kini memiliki Anis sebagai isteri yang sah, jadi layari kehidupan berumah tangga sebagai mungkin dengannya.Jangan jadikan nafsu sebagai pengukur utama kebahagiaan rumah tangga. Memang ia penting, tapi ia bukan satu-satunya penentu kebahagiaan.Dang Setia bimbang, jika selepas ini saudara mencari isteri lain yang hebat di ranjang, tiba-tiba saudara dapati dia lemah pula dalam soal lain, seperti mengurus rumah tangga dan sebagainya.Jadi, atasi masalah kedinginan seksual isteri saudara dengan bijak. Jika perlu, saudara dan isteri boleh merujuk masalah isteri anda kepada doktor pakar untuk mendapat kaedah atau pendekatan lain.

Sajak PRU 12

Kalau aku jadi Pak Lah
Aku mengaku salah
Jawatan PM aku serah
Aku sedar dan pasrah
Orang tak mau aku dah
Parti aku terima padah
Aku sedar yang aku lemah
Selama ini aku ambik mudah
Aku bukan ikut nafsu
Walaupun cuma pegang bahu
Tidak lebih daripada itu
Punca sebenar ialah menantu
Dia yang buat benda tak menentu
Berlagak macam pemimpin nombor satu
Lesen besar sebab guna nama aku
Jaja habis dari Perlis hingga Johor Baru
Aku sedar susah nak letak jawatan
Sebab masih ada banyak kepentingan
Kamaludin masih tak habis makan
Skomi kena selesai semua pinjaman
Sebab selepas ini tiada jaminan
Laki Nori pula nak jadi Menteri Kewangan
Tapi aku dapat banyak tentangan
Mula-mula Mukhriz yang mulakan
Tulis surat bagi aku dapat kemaluan
Macam Mahathir buat kat Tunku Rahman
Entahlah zaman aku jadi tak ketahuan
Pilihan aku sebenarnya ialah Shahidan
Tapi Raja Perlis pula tak perkenan
Sebab Shahidan potong elaun keraian
Idris Jusof pula tak diperkenan Sultan Mizan
Buat pintu gerbang tak bagi tau Sultan
Aku tidak dapat kawal semua keadaan
Hidup aku semakin tertekan
Cuma Jin saja penyejuk badan

Keris Silau

Penawar Duka

Kenapa aku diuji?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”.(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”.(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Kenapa ujian seberat ini?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” .(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kenapa rasa kecewa?
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”.(Surah Ali Imran ayat 139)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)”.(Surah Ali Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”(Surah Al-Taubah ayat 111)

Kepada siapa aku berharap?
“….. Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…..” . (Surah Al-Taubah ayat 129)

Aku dah tak dapat bertahan lagi!
“….. dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”.(Surah Yusuf ayat 12)

Tuesday, 12 February 2008

Kisah Kasih Sayang

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.

Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai."Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!""Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak."Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!""Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen."Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. ""Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria."

Thursday, 31 January 2008

How to ask Your Boss For A Salary Increase..?

One day an employee sends a letter to Her boss asking for an increase in her salary!!!

Dear Bo$$
In thi$ life, we all need $ome thing mo$t de$ perately. I think you $hould be under$ tanding of the need$ of u$ worker $ who have given $o much $upport including $ weat and $ervice to your company.

I am $ure you will gue $$ what I mean and re$pond $oon.

Your$ $incerely,

Marian $hih
The next day, the employee recieved this letter of reply:


Dear Marian


I kNOw you have been working very hard. NOwadays, NOthing much has changed. You must have NOticed that our company is NOt doing NOticeably well as yet .

NOw the newspaper are saying the world`s leading ecoNOmists are NOt sure if the United States may go into aNO ther recession. After the NOvember presidential elections things may turn bad .

I have NOthing more to add NOw. You kNOw what I mean .

Yours truly,
Manager

Sometimes We Just Need To Be Reminded!

A well-known speaker started off his seminar by: holding up a $20.00 bill In the room of 200, he asked, 'Who would like this $20 bill?' Hands started going up. He said, 'I am going to give this $20 to one of you but first, let me do this. He proceeded to crumple up the $20 dollar bill . He then asked, 'Who still wants it?' Still the hands were up in the air. Well, he replied, 'What if I do this?' And he dropped it on the ground and started to grind it into the floor with his shoe. He picked it up, now crumpled and dirty. 'Now, who still wants it?' Still the hands went into the air. My friends, we have all learned a very valuable lesson. No matter what I did to the money, you still wanted it because it did not decrease in value. It was still worth $20.

Many times in our lives, we are dropped, crumpled, and ground into the dirt by the decisions we make and the circumstances that come our way. We feel as though we are worthless. But no matter what has happened or what will happen, you will never lose your value. Dirty or clean, crumpled or finely creased, you are still
priceless to those who DO LOVE you. The worth of our lives comes not in what we do or who we know,
but by WHO WE ARE and WHOSE WE ARE.

You are special - Don't EVER forget it.'
Count your blessings, not your problems. 'And remember: amateurs built the ark .... professionals built the Titanic.
If God brings you to it - He will bring you through it.

New Malay Dilemma

The previous Malay Dilemma" written by Dr Mahathir in the late 60s/early 70s had caused him to be banned form the country by Tengku as it was considered too sensitive and racial. Dr M could not implement totally what had propagated in his book as he discovered the condition was different when he got into position. Now he observed the Malays are still lacking behind… WHY ?

Please read to find the answer :

The New Malay Dilemma By former Prime Minister Dr. Mahathir Mohamad on
Malays remaining behind others despite privileges. The Malays are among the few people whose race is legally defined. Thus, the Malaysian Constitution states that a Malay is one who habitually speaks Malay, professes the religion of Islam and practises Malay customs. There is nothing said about the definitive culture of the Malays. It follows that changes in culture do not make a Malay person a non-Malay.
Culture is made up largely of the value systems accepted, even if not actually practiced by a people or a race. Observations have shown that the culture of a people determines whether they are successful or they fail...
Europeans, Asians, Africans and American Indians can all be successful and can all fail. It is, therefore, not the race or ethnicity which determines success. It is the culture.

When I wrote The Malay Dilemma in the late 60s, I had assumed that all the Malays lacked the opportunities to develop and become successful. They lacked opportunities for educating themselves, opportunities to earn enough to go into business, opportunities to train in the required vocation, opportunities to obtain the necessary funding, licences and premises. If these opportunities could be made available to them, then they would succeed...

But today, the attitude has changed. Getting scholarships and places in the universities at home and abroad is considered a matter of right and is not valued any more. Indeed, those who get these educational opportunities for some unknown reason seem to dislike the very people who created these opportunities. Worse still, they don't seem to appreciate the opportunities that they get.
They become more interested in other things, politics in particular, to the detriment of their studies. In business, the vast majority regarded the opportunities given them as something to be exploited for the quickest return...
They learn nothing about business and become even less capable at doing business and earning an income from their activities. They become mere sleeping partners and at times not even that. Having sold, they no longer have anything to do with the business. They would go to the government for more licences, permits, shares, etc...

Why has this thing happened? The answer lies in the culture of the Malays. They are laid-back and prone to take the easy way out. And the easy way out is to sell off whatever they get and ask for more. This is their culture.

Working hard, taking risks and being patient is not a part of their culture. It should be remembered that in the past the Malays were not prepared to take up the jobs created by the colonial powers in their effort to exploit the country. Because the Malays were not prepared to work in rubber estates and the mines, the Indians and Chinese were brought in. At one time, the migrants outnumbered the Malays. Had they continued to outnumber the Malays, independent Malaya would be like independent Singapore.

But the Malays have apparently learnt nothing from the near loss of their country in the past. Today, they are still unwilling to work and foreign workers are again flooding the country. And because they are not equipping themselves with the necessary education and skills, they have continued to depend on others.
Their political dominance will protect them for a time. But that dominance is fading very fast as they quarrel among themselves and breaks up into small ineffective groups. Their numerical superiority means less today than at the time of independence...

The Malays, together with the other Bumiputeras, make up 60 per cent of the country's population. But in terms of their political clout, it is now much less than 60 per cent. They are now more dependent on non-Malay support, both the government party and the opposition.
Economically, of course, they have less than half the 30-per-cent share that has been allocated to them. If we discount the non-Malay contribution to the nation's economy, Malaysia would be not much better than some of the African developing countries.

To succeed, the Malays must change their culture. They must look towards work as a reward in itself. They must regard what they achieve through work as the true reward. There should be some financial reward but this must not outweigh the satisfaction obtained from the result of their work...
Changing culture is far more difficult than changing the policies of government. It is easy enough to propose affirmative action but it is not easy to implement it. The recipients must have the right attitude if the results are going to be obtained...

Unfortunately, their view is that their crutches are symbols of their superior status in the country. The sad thing is that they are not even using the crutches properly. As a result, they gain nothing or very little from the availability of these aids...
So what is the new Malay dilemma? Their old dilemma was whether they should distort the picture a little in order to help themselves.
The new dilemma is whether they should or should not do away with the crutches that they have got used to, which in fact they have become proud of.

There is a minority of Malays who are confident enough to think of doing away with the crutches, albeit gradually. But they are a very small minority. Their numbers are not going to increase any time soon. They are generally regarded as traitors to the Malay race...
There will be a host of protests over this generalisation about Malay attitudes. We read almost every day about blind Malay people and other handicapped Malays graduating with university degrees or driving cars or doing all kinds of work.
This does not prove that the generalisation that I make is wrong. These are exceptions. They only prove that if the right attitude or culture is adopted, even the handicapped can succeed.

The dilemma faced by those few who want to build a strong, resilient and independent Malay race without crutches is that they are most likely to end up becoming unpopular and losing the ability to influence the changes in the culture and the value system which are necessary.

It seems that they should not try and yet they know that without the cultural changes, the Malays are going to fail.

By Mahathir Mohamad